...klik eik..

Friday, November 5, 2010

K0s KAhWiN

Kos # 1 - Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.

Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.

Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.

Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.

Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.

Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.

Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.

Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.

RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap

Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin

Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 500 - RM 1000.

Kos # 9 - Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?

RM 1000 - RM 3000


Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.

Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.

Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?

Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

RM 17,550

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.

RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.

Yang kena beli semua, ingat murah ka?

RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.

Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

RM 1000 - RM 3000.


Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?

Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.

Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.

Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.

Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.

Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 36,050


dasyatkan??? nk kawen pun susah... padahal nk kawen senang jer.. kalo dh ada pengantin, ijab, qabul, saksi dan wali.. cukup la.. sah je pernikahan itu.. hmmm tp di Malaysia nie.. sudah menjadi adat, kalo kawen tanpa kenduri, tanpa hantaran yg besar, tanpa bersanding.. akan menimbulkan fitnah... kenape yer..????


pa pe pun.. info ini sgt berguna bg yg mahu berumahtangga.. sekurang2nya leh prepare bajet la.. (^_^)


*info ini sy ambil dr facebook.. saje sbg peringatan tok diriku ini.. (ad niat mau kawen)

4 comments:

  1. amboi.. dah siap dengan total sekali??
    Hebat.. Macam dah bersedia nak kahwin...
    Selamat Pengantin Baru.. =)

    ReplyDelete
  2. amboi... sy tngu org masuk meminang ja.. hu3

    ReplyDelete
  3. he..he...kalau gaji seketul dua terpaksa nak tunggu 4-5 tahun baru dapat berbini gayanye ni...

    kan lebih afdal kalau ringkas2 je...agama pon tak suruh kita menyusahkan keduabelah pihak...

    ReplyDelete
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete