...klik eik..

Thursday, September 16, 2010

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia
bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7
sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi
Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti
suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja
dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari
sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh
sehingga habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir
saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan
beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu
dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah
beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi
dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti
seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala
extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya
tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk
syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya
kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh
bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik
merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak
akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam
dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak
dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa
yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan
syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.



8 comments:

  1. nice posting friend, AYU sangat suka, sukses slalu kawan...

    ReplyDelete
  2. untung ye jadi perempuan... :D

    ReplyDelete
  3. betul2..gua pun bersyukur sgt dikurniakan seorg ppuan untuk gua..tgungjawab gua gaknie

    ReplyDelete
  4. Salam..
    bersyukurnya bergelar perempuan..
    insyaALLAH selepas nih seorang wanita yang berbangga dikurniakan rahim :)


    ^^
    nice info ain:)

    ReplyDelete