...klik eik..

Friday, September 12, 2014

PADA DIA AKU BERSANDAR......

Aku sakit,
jiwa tak tenang,
pada Dia aku bersandar,
namun aku tidak kuat...

Ya Allah,
apa telah aku lakukan,
kecewa umi abuya,
kecewa aku,
kecewa dia,
aku buntu,
aku dihimpit.....

Oh Tuhan,
petunjukMu tidak kufahami,
tindakan mereka tidak ku relakan,
namun aku mengerti,
kecewa mereka terhadapku,
maafkan aku,
ini pilihan aku.....

Restumu aku tunggu,
redamu aku pinta,
jangan musuhi aku,
aku sayang semua....

Monday, November 18, 2013

JODOH ITU RAHSIA

"Seperti kata-kata seorang alim, DUNIA seperti seorang musafir yang berkelana di sebuah padang pasir. Apabila terjumpa sepohon pokok, dia singgah berteduh di situ kemudian berlalu pergi. DUNIA hanya sementara.. Yang kekal ialah akhirat yang abadi"


Jagalah hati. In shaa Allah Allah akan temukan kita dengan seorang lelaki yang menjaga hati juga. Jagalah batas pergaulan. In shaa Allah,Allah akan jodohkan kita dengan seorang lelaki yang menjaga pergaulannya dengan permpuan juga. Peliharalah hubungan dengan Allah. Mudah-mudahan Allah akan memelihara kehidupan kita di dunia.

RINDU SEORANG HAMBA

Syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis..
Jika tuhanku bertanya kepadaku,
Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku..
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa,
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya,
Seakan mati tidak akan menemuiku,
Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri..
Nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan kujawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku!
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari as-deen(qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?
Maka Ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan tuhan yang Maha Luas PengampunanNya dan yang membimbingku pada kebenaran,
Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan)ku
Dan ringankan hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban

Sunday, October 6, 2013

Mencari Kesempurnaan

Tiada manusia yang dicipta Allah sempurna segala segi. Malah, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya juga sebagai hamba Allah kerap kali lalai dan alpa dalam melaksanakan perintah dan laranganNya. Namun begitu, untuk mencapai kesempurnaan perlulah dengan usaha yang berterusan. Saya di uji dengan pelbagai musibah dan kadang kala terasa seperti diri ini terlalu kerdil. Suatu masa dulu, saya di ulit kesenangan kasih sayang. Oleh kerana terlalu mengejar cinta manusia, saya diberi sedikit teguran dariNya. Pada mulanya, memangla saya teramat sangat sedih, sentiasa mengalirkan air mata kerana tidak dapat menerima kenyataan itu. Fikiran hanya fokus pada apa kesalahan telah saya lakukan sehingga di uji sebegini. Allah Maha Mengetahui dan Dia beri ujian tersebut sebagai teguran untuk masa depan saya. Alhamdulillah, pada hari ini, saya mendapat keyakinan diri. Muhasabah diri sangat penting dalam mengukuhkan lagi iman kita. Insya Allah, Dia sentiasa bersama kita di kala susah dan senang. Carilah cinta manusia yang cintakan Allah. Kelak, bahagia hingga ke syurga.

Saturday, October 5, 2013

Harapan Seorang Pencinta

Harapanku sangat tinggi buat dia. Doaku semoga dia bahagia di sana. Aku bersama harapan baru ingin memulakan hidup agar menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberianNya. Redha Allah yang ku harapkan di dalam setiap langkahku. Perjalanan hidupku masih panjang. Aku masih punya misi untuk diteruskan. Buat dia di sana, aku sentiasa mengharapkan kejayaan dalam hidupnya.

Thursday, October 3, 2013

Friday, November 5, 2010

K0s KAhWiN

Kos # 1 - Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.

Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.

Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.

Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.

Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.

Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.

Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.

Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.

RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap

Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin

Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 500 - RM 1000.

Kos # 9 - Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?

RM 1000 - RM 3000


Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.

Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.

Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?

Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

RM 17,550

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.

RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.

Yang kena beli semua, ingat murah ka?

RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.

Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

RM 1000 - RM 3000.


Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?

Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.

Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.

Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.

Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.

Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 36,050


dasyatkan??? nk kawen pun susah... padahal nk kawen senang jer.. kalo dh ada pengantin, ijab, qabul, saksi dan wali.. cukup la.. sah je pernikahan itu.. hmmm tp di Malaysia nie.. sudah menjadi adat, kalo kawen tanpa kenduri, tanpa hantaran yg besar, tanpa bersanding.. akan menimbulkan fitnah... kenape yer..????


pa pe pun.. info ini sgt berguna bg yg mahu berumahtangga.. sekurang2nya leh prepare bajet la.. (^_^)


*info ini sy ambil dr facebook.. saje sbg peringatan tok diriku ini.. (ad niat mau kawen)